Girl Chat, Chat

Apa-apa sahaja wanita

dah tengok dah 10,000 bc Mac 13, 2008

Difailkan di bawah: movie — wanitasemasa @ 3:51 am
Tags:

Dah tengok wayang gambar nih. Kisah cinta zaman 10, 000 bc . Itu yang bestnya. Walaupun jalan ceritanya ringkas dan amat mudah difahami, namun ia cukup menghiburkan. Ceritanya lain dari yang lain sebab tak pernah lagi mana-mana filem direktor yang membuat cerita yang berkonsepkan zaman purba sebegini. In other words , it’s original. Dah banyak dah orang buat cerita duyung!

Jika anda menonton wayang gambar ni, anda pasti akan sukakannya sebab penuh dengan latar belakang pemandangan yang cantik dan gambar-gambar grafik 3D yang ‘convincing‘-sebiji macam yang hidup. Especially the mammoths, my favourite animal in this movie.

Tapi, memang ada tetapi setiap wayang gambar tak boleh lari dari tetapi. Binatang bergigi panjang tu, saber tooth tiger merupakan binatang paling tak convincing, tak real, dalam 10,000 bc. Jangan marah, ini komen saya sahaja. Saya rasa binatang ni mencacatkan sedikit cerita tersebut. It was WOW, the first 30 minutes and i was praising the movie bla..bla.bla.. but then when i saw the not-so-real saber tooth tiger it kind of asking me to take away its ‘wow’ star!

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikritik seperti kurang aksi, dialog yang kurang menarik, jalan cerita yang kureng, latarbelakang adegan padang pasir piramid yang kureng cantik mungkin susah nak touch up kot hehehe. Bahagian yang berkaitan dengan roh roh saya boleh terima sebab ia hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, saya masih sukakan cerita ni. Dah 2 kali pergi nengok :) . Tahniah kepada orang-orang yang membuat cerita ni. Otak mereka memang cukup lancar sebab mampu membuat cerita yang bukan sahaja menghiburkan tetapi kreatif. Pergilah tengok kalau belum pergi.