Girl Chat, Chat

Apa-apa sahaja wanita

boss mithali vs. boss bengis kepala angin Mei 5, 2008

Difailkan di bawah: sosial — wanitasemasa @ 6:05 am

Ahakss.. bertemu kembali.. why you so stupid??? tanpa segan silu dengan nada senyaring yang boleh si anu ni pekik kita.. lepas tu tiba-tiba aje sebotol ‘mineral water’ melayang ke arah pintu yang kita orang masuk sebentar tadi..bedebak..puk..bedebusshshhh.. duk.. duk.. duk.. melimpah air keluar.. Bukan main terkejut aku sampai lupa bernafas sekejap! isk..isk.. Jenis mesyuarat macam ini lah anda perlu bersedia membawa perisai anda. Bawalah apa-apa untuk dijadikan perisai seperti folder keras, beg tangan, payung atau huh..huh yasshhh..kung pow.. pow.. sama itu boss.. Inilah pengalaman semasa bekerja dengan ‘Boss from Hell’. Tak boleh ada benda depan dia, kertas, ke, cawan ke, pen ke, sebab semua mesti melayang punya…silap haribulan ..tookk..kena mata.. boleh hilang sebelah mata.

Mengapakah terdapatnya sebilangan majikan yang bengis, garang dan tak mesra rakyat langsung! (pengalaman saya dengan boss lelaki bujang) what an idiot emotional freak! Jawapannya sebab dia orang ni kurang kasih sayang or lack of sex or something hahahhaa.. Mungkin mereka ni ada masalah peribadi, kesepian, masalah tidak mencapai sales target, masalah dengan pihak pengurusan atas, masalah kesihatan yang sukar nak diubati, hormon tak betul dan banyak masalah-masalah lain. Tahu tahu sahajelah kalau dah pegang jawatan boss ni mestilah timbul masalah-masalah yang sukar kita fahami. Tetapi ada juga yang agak ok , tapi bukan semua yang baik dan peramah cuma kurang bengis.. Dia orang ni pun manusia juga ada hari angin baik ada hari angin kureng baik.

Tapi majikan yang kepala angin dan terlalu mengikut emosi sampai berterbangan kertas-kertas tandas dan dokumen-dokumen pejabat ini saya tidak boleh terima kerana tidak profesional. Majikan macam ni kena mendaftarkan diri ke kelas ‘Anger management’ untuk mengawal kebaranan beliau. Majikan yang baik adalah seorang yang boleh mendengar masalah pekerja nya dengan baik, menghormati pekerjanya, sabar, berkomunikasi dengan baik, berperikemanusiaan, tidak mengambil kesempatan terhadap pekerjanya, perlu tegas tapi tidak semestinnya cepat naik angin tak bertempat, berdisiplin, seorang yang boleh memberi inspirasi dan dijadikan role model, melakukan sesuatu dengan motif yang betul dan bukan semata-mata ingin menjadi terkenal dan popular dan yang paling penting mesti bersikap rasional. Kalau boleh boss kenalah mesra rakyat sikit we are not your kadam nor your slaves.. inilah ciri-ciri boss mithali :D

Sex kurangkan tekanan perasaan: ma’am kalau kureng licin ada ky, bang kalau kureng keras makanlah pil berherba menambah tenaga banyak kat malaysia agar bahagia badan dan jiwa dan orang-orang disekelilingnya.

 

Pendapat: Kempen jimat dan senang kira? April 11, 2008

Difailkan di bawah: sosial — wanitasemasa @ 9:06 am

Don’t get angry people, it’s only an OPINION…

hahaha.. geli hati betul dengan kempen ni. Rasa nak ketawa aje..Aku baru je tahu ada kempen sebegini semasa aku membeli produk sunlight di sebuah pasaraya di KL. Haiss. dekat shelves nyer tertulis lah harga RM3.79 tetapi bila aku nak bayar tetiba jer aku dikenakan RM3.80 Aikkss..mana perginyer satu sen aku?? Otak aku terhenti seketika. Lepas tu aku beli lagi barang berharga RM9.49 lepas rounding adjustments jadi RM9.50.. mana-mana aku pergi semua sistemnya sama..Hmmm…Rasa kena ragut jer… hmm..kureng adil.. 1sen tetap duit dan bernilai. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kempen ni kalau betul-betul boleh menjimatkan bagus lah.. tapi kalau gimmick saje.. bleh blah.. Bukan semua barang dijual dengan harga RM1.22(Rm1.20 ‘jimat 2sen‘) Kempen senang kira ni membuat aku rasa aku ni tak pandai mengira .. bodoh betul ke aku ni sampai tak boleh mengira duit yang bersen sen itu hahaha . Takde benda yang senang oii kat dunia ni… Soalan saya sekarang apalah gunanya cash register dan calculator? Lagi buncitlah sebilangan perut-perut tauke tauke, peniaga peniaga dan suku sakan disebabkan kempen ni. Kalau duit 1sen sen aku ni dibuat sedekah okay lah jugak.. untuk charity membantu orang miskin, membantu insan kureng bernasib baik, kanak-kanak istimewa, anak-anak yatim piatu dan seterusnya…I’ll be blessed!

Bersedialah ibubapa semua, mungkin anak anak anda satu hari nanti tak tahu apa itu 1 sen, 2 sen dan tak pandai mengira jumlah yang dianggap tidak bernilai ini. 1sen atau 2sen atau 7sen tetap duitlah brader, makcik2….

Fikir dengan kepala otak bukan dengan kepala lutut: Adakah kempen ’senang kira’ ini menunjukkan rakyat Malaysia malas mengira? Adakah ia menunjukkan otak kita lembap? Kajian menunjukkan aktiviti menyelesaikan masalah seperti mengira boleh melancarkan otak, mencegah penyakit lupa..memperlahankan kemerosoton otak dan banyak faedah lagi.http://seniorjournal.com/NEWS/Books/5-08-02TrainYourBrain.htm

Kalau ada masa silalah baca.

P/S: Rasa macam main saham jer.. kekadang aku untung 2sen kekadang aku rugi 2sen

Desas Desus: Dengar khabar pengeluaran duit sen sen ni lambat laun akan ditamatkan sebab pedih menanggung kos pengeluaran hehehe. Itulah berita terbaru aku dengar..betul ke?

 

Ada 3 jenis manusia bodoh Mac 25, 2008

Difailkan di bawah: sosial — wanitasemasa @ 1:15 pm

Saya rasa memang banyak manusia bodo kat dunia ni, sama ada level dia manager, executive atau pun level despatch .. yang aku nak bincang ni level executive .

Sebelum tu… mengapa saya berkata demikian, level Manager ni bodo sebab mereka selalu kena tipu terutamanya yang berkaitan dengan duit dan skim-skim pelaburan. Mungkin mereka tamak sebab tu mereka menjadi bodo. Sebab itulah kita boleh cop mereka sebagaiĀ  bodo big time.

Okay.. level Executive ni saya rasa memang bahlul. Terutamanya yang bekerja di bank-bank. Ini berlaku di bank M. Walaupun dah diberitahu yang kita akan menjelaskan bayaran pada sekian sekian haribulan masih juga tak paham paham..kalau boleh call setiap hari macam takut kita ni nak lari… Polis ahh. ueekk… mereka ni memang dah makan pil bodo. Yang saya hairan tu mereka ni semua ada ijazah degree ? Hairan juga macam mane mereka ni boleh lulus sedangkan maklumat yang paling mudah dan senang difahami ni tak boleh masuk langsung dalam kepala otak dia orang ni? Ini lah yang berlaku baru -baru ni. Please stop bugging people la.. it’s not like we didn’t answer your call. Mungkin yang patut dipersalahkan adalah organisasi syarikat itu sendiri. Dia orang ni orang bawahan aje.. KADAM…kadam.. sila buat kopi..kadam sila lap mulut aku, kadam sila cuci tandas nih..kesian dia orang ni.. .ikut arahan sahaja.. tetapi atleast we picked up your calls, we didn’t try to avoid

your stupid ass.. KIta haruslah menjadi orang yang bertanggungjawab.. Yang melucukan orang yang betul-betul nak menipu, bank ni tak boleh nak hidu their silat silat kung poww..penipu-penipu ni….. dah lari pon ke negara lain dengan wang berjuta tanpa meninggalkan sisa-sisa saki baki bau si penyamun ni.. kisah benar..

Yang level despatch ni pula memang bukan sekadar bodo tetapi bebal habisss.. Sesetengah Otak mereka ni keras macam batu entah diperbuat daripada apa.. memang kayu betul lah.. memang tak boleh menyerap apa-apa maklumat. Lain disuruh lain yang dibuat.. kekadang tu pandai lesap jer dia orang paginye ade petang dah tiada….haiisshhhhh…Memang pening lah sometimes.

p/s: Manusia semuanya berbeza, sekiranya serupa boringlah dunia.. Kalau anda rasa anda tak bodo anda takkan terasa.